Wednesday 17 May 2017

Ransomware WannaCry uols !

Salam uols,

sekarang sana sini sibuk pasal ransomware WannaCry ni kan.
Actually, aku dah tak terkejut and panic pon pasal virus ni sebab ransomware ni aku dah kena tahun lepas. Cuma mungkin bukan jenis yg WannaCry lah. Dia ada byk kan nama dia, WannaCrypt, Cryptolocker and so on.

Korang boleh tgok previous post aku sebelum ni mcm mana tenatnya aku menghadapi situasi ituuu.
http://cikpuanfara.blogspot.my/2016/03/virus-attacked-going-to-die.html

So skrg, ransomware ni semakin bertindak kejam. Aku pun takut jugak kalau kena kat company baru ni. Aku tgh gigih membackup semua file ni. Harap2 tak kena lah. Amin.

So sebagai langkah berjaga-jaga, aku boleh advise :-

1) Backup semua file penting dekat external hard disk atau cloud storage. Dua2 lagi bagus.
2) Sentiasa update antivirus definition. And makesure your antivirus is original.
3) Update windows security patch.
4) Jangan donwload unknown email attachment and jangan simply click link2 yang anda tak pasti.
5) Jangan click ads pop up when u surf internet.
6) Minimum kan penggunaan internet, jangan download apa2 from untrusted website.

Paling penting sekali No.1, PLS BACKUP YOUR FILE !!


Tuesday 21 March 2017

Review RAKUS by FITRI HUSSIN


*Entry ini agak panjang
* Entry ini mengandungi spoiler. Harap maklum.

Buku ni actually, aku dah lama beli. Tapi baru je start baca dalam minggu lepas camtu.
Buku ni mengisahkan pasal ilmu sihir, ilmu hitam yang digunakan sbgai jalan mudah lah untuk kaya dan dapatkan kuasa.
Ok first mengisahkan pasal skim pelaburan cepat kaya yang melingkup di mana Karim telah menganiaya org2 bawah dia dan juga client nya dengan melarikan diri ke luar negara. Dengar macam cliche kan, tapi once korang dah baca, korang tidak mampu untuk stop baca sebab penulis seakan-akan membawa kita untuk tahu apa berlaku seterusnya.
Seriously, aku terbuai dengan cara penulisan dan plot cerita yang teratur daripada Karim kat luar negara sampai lah dia balik ke Malaysia semula.

Bila start masuk pasal kisah Habsyah yang terkena sihir, disinilah part yang paling menarik untuk kita baca dan ingin tahu. Aku rasa macam wow! tak sangka dunia sihir ni tersangatlah kejam, and tak sangka ada org yang membiarkan diri dia dikawal oleh syaitan semata2 untuk duniawi sahaja.
Dunia sihir diceritakan dengan begitu details, macam mana cara Mak Siti hantar sihir, mak siti hidup dgn pendamping2 dia. Rasa geram dan kesian at last Habsyah mati jugak.

Dan masuk part yang Karim dah masuk dunia sihir tu memang sangat menjengkelkan dan geram. Memang teruk betul perangai Karim ni, sanggup konon nak pegi Indon belajar agama, padahal nak belajar ilmu hitam. Bila dia dah dapat apa yang dia nak, dah dapat ilmu sihir yang dia nak, tergamak ikut telunjuk syaitan bunuh keluarga sendiri dan jadikan anak perempuan sebagai teman malam dia. Astaghfirullahalazim.. Eh memang emosi tau part Karim yang ni!!

Adrenalin semakin mencanak-canak bila laki nya si Halimah tu pun mati dibuat dek Karim. Aku lupa sebenarnya nama laki Halimah tu, tapi laki Halimah tu orangnya tersangat baik. Dan keluarga Fauziah pun mati dibuat dek Karim semua gara-gara dia nak bolot harta pusaka adik2 beradik bini dia . Bila dah dapat harta pusaka, tanah, rumah, dia hapuskan lah semua keluarga yang ade kena mengena dgn bini dia. Nasib Halimah dah lari dulu balik kampung dia, tu pun selepas dihalau kononnya Halimah tu ada bela saka.

Lepas tu, kemunculan Azlan ternyata buat aku gembira! Yelah, Azlan je harapan untuk hapuskan si Karim yang dah jauh sesat tu. Azlan ni adalah anak Halimah. Azlan ni daripada kecik mmg orang dh tahu dia ade keistimewaan boleh nampak makhlus halus. Tapi dia guna keistimewaan dia kejalan yg betul lah. Ilmu agama dia pun hebat.

So, last nya Azlan dengan ustaz Idris yang berjaya hapuskan sihir si Karim dan Karim masuk penjara atas byk tuduhan lah. Dan Karim bakal dihukum gantung smpai mati. Padan muka kau Karim!!

Tamat lah cerita Rakus. Tapi ni aku tak cerita lagi pasal kumpulan ajaran sesat si Karim tuh.. Teruk gila Karim ni kan! Korang baca lah sendiri. huhu.. Dan buku Rakus ni ada sekuel nya bertajuk KESUMAT. Aku baru tahu lepas baca review kat goodreads. So, KESUMAT tu pulak mengisahkan pewaris Karim iaitu anak perempuan dia Soraya. Memang tak sabar aku nak baca sekuel nya nih.

Pengajaran yang aku dapat daripada novel ni, secara tak langsung, aku dapat tahu ayat2 al-Quran untuk pendinding diri daripada terkena sihir dan juga zikir2 yang patut kita amalkan. Selain itu, kita juga boleh dapat tahu pasal Hadis dan ulama2 Islam yang terkenal dan juga persekitaran hidup di madrasah/pesantren. Selain itu, kita boleh juga dapat gambaran macam mana org melakukan sihir, apa ciri2 org yg terkena sihir.

Memang syabbas untuk penulis !

So korang jangan marah tau sape yg belum baca tu sebab aku dah spoil kan ending dia.. kih kih kih..

Saya bagi 10 ★★★★★★★★★★


Tuesday 14 March 2017

Resepi Cornflake Madu Simple, Rangup Tanpa Bakar

Assalammualaikum..
Harap maklum, raya memang lama lagi. Tapi entah kenapa teringin nak makan cornflake madu. Sedapnya uolls rangup2 camtu. Bila tekak ni dah teringin memang tak jadi keje, asek dok teringat. Maka sepantas kilat lah tepon mak tanya macam mana nak buat. Dulu masa kecik2 rajin tolong mak buat cornflake madu ni. Rupanya senang je nak buat. Ni resepi paling simple okay, untuk lepaskan hajat tekak ni je, tapi yang penting sedap, meletop, rangup !!!
Here we go :-

BAHAN-BAHANNYA :


 1) Buttercup - 125 g (agak2 separuh buku tu)
2) Corn Flake Nestle 500g
3) Madu - 1 cawan
4) Gula pasir - 5 sudu


 CARA-CARANYA:-

1) Masukkan buttercup dan gula dalam kuali dan kacau sampai cair dan gula larut

2) Lepas tu masukkan madu dan kacau.

3) Bila dah agak2 menggelegak dan confident gula dah larut, terus matikan api.

4) Lepas tu masukkan semua corn flake dan gaul sekata. Gaul bagi rata, adil dan saksama tau. Memang lenguh sikit time gaul ni. Penting gaul sekata sebab nak bagi dia melekat kan.

5) Lepas tu boleh lah kita masukkan dalam cup. Yang ni kena bertabah la, kalau buat 500g memang banyak. Panggil la askar2 tolong masukkan sekali dlm cup tu.

6) Bila dah masukkan dalam cup tu kan, korang biar kejap dalam dulang ke apa, dalam 10 minit sebelum masuk dalam balang. Bagi dia lekat sikit kan. Sebab kita tak bakar kan. Kalau bakar lain cite. hehe.

Ok, dah siap~~~


ni lah hasil cornflake madu kita yg sempoi ni tapi sedap tau!! 
bawak gi ofis, kejap jek dah licin dikerjakan ofismate.. hehe

Monday 13 March 2017

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi superb delicious !



Tanpa banyak songeh , moh kiter ke resepi nya :-

BAHAN2 KISAR/BLEND
- bawang kecil - 5biji
- bawang putih - 2 ulas
- halia - 1/2 inch
- kunyit hidup - 1 inch
- cili padi - 20 biji atau lebih (pedas lagi syok)

BAHAN-BAHAN LAIN
- ketam betina - 3 atau 4 ekor (buang kulit dan potong 2)
- santan kotak - 1 kotak (KARA)
- serai - 2 btg
- daun kunyit
- asam keping - 3 keping
- garam

CARA-CARANYA

1) Gaul bahan kisar, serai yg dah diketuk dan ketam dalam periuk. Hidupkan api.

2) Masukkan santan yang dah dicampur dengan air kedalam periuk dan sentiasa kacau.

3) Sentiasa kacau kuah lemak tu sampai mendidih dan kulit ketam dah bertukar kemerahan dan boleh masukkan asam keping dan garam.

4) Kalau agak2 kuah tu macam sikit sangat, boleh tambah air sikit.

5) Teruskan kacau kuah lemak dan last sekali masukkan daun kunyit yang sudah dimayang.

6) Kacau sehingga mendidih, boleh rasa, dan tutup api.

*kalau rasa macam tak cukup santan, boleh tambah santan atau kalau rasa pedas sangat pun tambah lagi santan sikit

Senang je kan??!! Sedap sangat makan dengan nasi panas2..

Ok, selamat mencuba~












Thursday 9 March 2017

Resepi Kari Ikan Tongkol/Tenggiri

Assalammualaikum.. :)

Terlambat pulak nak post resepi kari ikan nih.. Tapi sedihhh sebab tak sempat nak amek gambo!!
Takpelah, kita tepek dia punya resepi dulu okay. Refer bawah :-

BAHAN KISAR@TUMBUK

Bawang merah kecil - 5/6 biji
Bawang putih - 3 ulas
Halia - 1 inci (optional)
Lada kering - separuh genggam (agak2 tahap pedas anda)


BAHAN-BAHAN LAIN

Ikan tongkol/tenggiri - Sekor potong 4 atau 5
Halba campur - 1 sudu teh
Rempah kari ikan baba's - 1 packet kecik
Daun Kari - 2 pelepah/tangkai
Sayur bendi - 5/6 pcs
Santan - ikut masing2, saya pakai santan kotak KARA je 1 kotak
Asam jawa 

CARA-CARANYA :-

1) Tumis bahan2 kisar/tumbuk dan masukkan sekali halba campur.
2) Bila dah pecah minyak, masukkan rempah kari ikan yg sudah digaul dgn air sikit. Taknak gaul dengan air dulu pun takpe, boleh je terus masukkan rempah kari ikan tu macam tu je.
3) Masuk sekali daun kari. Kacau2 sampai naik bau tumis tu.
4) Agak2 dah pecah minyak mcm kering2 sikit, masukkan ikan dan gaul2. Boleh tambah air sikit yg dalam blender/dalam lesung tu. Sikit je.
5) Masukkan asam jawa, air jgn byk sgt. Sebab nnti nak letak santan lagi. Gaul.
6) Masukkan santan kotak yg dah dicampur air sikit. Lepas tu sentiasa kacau. Pandai2 lah jgn sampai  hancur pulak ikan tu. hehe.
7) Masukkan garam dan sayur bendi. Pandai2 lah rasa garam. Cukup garam baru ummpphhh!
8) Tengok sayur bendi macam dah lembut sikit, boleh matikan api. Kuah tu agak2 paras ikan, kalau kuah cair sgt tak sedap jugak, kuah pekat baru sedap :)


Makan kari ikan dengan nasi panas, sedap. Esoknya pulak, saya buat lempeng pastu cecah dgn kari ikan.. Perhhhh.... Nikmat dunia!

Boleh tengok sini untuk resepi lempeng > Lempeng Cecah Kari Ayam


OK, selamat mencuba !

Monday 6 March 2017

Perbezaan resepi Kari Ikan dan Kari Daging/Ayam

Assalammualaikum :)

Hari ni aku dapat ilmu baru. Ilmu ni mungkin kalau otai2 atau mak2 atau nenek2 baca mungkin akan cakap "Yek eleh, baru tahu ker??!! kesiannn.... " -_-

Tapi serious lah memang aku baru tahu! hahahaha..

Citenya macam ni, hari ni aku bercita-cita nak masak kari ikan tongkol. Padahal sebelum ni aku pernah masak kari ikan, tapi dah lama lah, so resepi pon lupa. Kalau kari ayam aku still ingat lagi.
Tapi kari ikan ni aku teringat dia lain sikit bahan nya . So aku pun google lah resepi kari ikan.

Dah google, ok terus hadam dalam kepala. Tapi, kebanyakkan resepi aku tengok takda letak rempah 4 sekawan tu, iaitu kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih. Aku dah start confuse lah! memang tak letak ke apa ni, kalau letak jugak jadi apa? hahaha..

Google punya google, rupanya kari ikan memang tak letak la dol rempah 4 sekawan tuh! Tapi dia letak halba campur! 4 sekawan tu letak kalau nak masak kari daging atau ayam saja. Ok, so sekarang hadam dalam kepala, paku jangan bagi keluar okay! hahaha.

OK jom kita tengok rupa rempah 4 sekawan dengan halba campur :-


 Untuk Kari Daging/Ayam : Guna rempah 4 sekawan
Ni lah 4 sekawan : kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih




Untuk Kari Ikan : Guna Halba Campur atau Halba sahaja
Halba Campur : Halba, halba putih, jintan putih, jintan manis, biji sawi

 OK lah untuk full resepi Kari Ikan Tongkol, nanti aku update selepas aku masak malam ni ya. InsyaAllah.. Harap2 balik keje ni adalah ikan tongkol kat pasar tuh. huhu





Thursday 2 March 2017

Hael Husaini - Jampi (Lirik Video)

Nak belanja sikit single terbaru dari Hael ! Entah kenapa tersuka lagu ni.. Korang suka tak? huhuhu..
Layan duluu kayy...


Tuesday 28 February 2017

Goodreads : Reading Challenge 2017


Tahun ni baru teringat nak bukak Goodreads. Tengok reading challenge 0%. hahahahhaha
Maknanya 1 buku pon aku tak start baca lagi untuk tahun ni. Actually, dah start baca tapi belum habis lagi. Dok mereput bukunya, dah berhabuk sikit. hewhewww

Aku start create account Goodreads ni tahun lepas, masa tu memang berkobar2 lah dengan hobi membaca ni. Kemain kemaruk lagi membeli buku. Pantang tengok review best2 sikit kat Goodreads, hah mula lah masuk dalam list. Bangga jugak dengan diri aku time tu.
Tapi apa sudah jadi sekarang deyyy deyyy deyyy??

Ok2, sekarang mood membaca kena TURN-ON !!

Sengaja aku set 50 buku je untuk tahun ni, sebab aku tahu perangai aku macam mana. Itu pun tah capai target ke tidak 50 buku nih. huh... harap2 sebelum bersalin, aku dapat capai target.
Yelah, kang dah bersalin, mana nak bela anak lagi, takkan itu jam baru nak sibuk pegang buku semata nak capai target kan. memang mintak kena pelangkong ngan laki aku je kang.. hewheww

Sesiapa yang ada account Goodreads tu add la kiteww. Klik SINI.

nak tahu jugak korang baca buku apa kan. mesti korang dah baca beratus2 buku kan... hmm..

ok, till then, daa~~

Thursday 23 February 2017

Cannot receive email but can sent successfully?

Assalammualaikum kawan2..

nak share sikit ni kejadian hari ni..
ada sorang user ni, problem dia ni email dia selalu je tak receive.
fyi, user ni baru dapat computer baru lah. masa setup computer user ni, cantekkk je semua berjalan lancar gitew. hahaha..
pastu hari ke hari, email dia ni buat hal, send email boleh lepas, tapi, problem dia tak boleh receive email. Dok send/receive je keluar error.
Aku pun stuck. Sebab masuk file sharing boleh, masuk server boleh, guna internet pun ok. So network consider ok lah.

Aku ckp ngn dia, tunggu akak cuti lah atau halfday ke aku repair dia punya Microsoft Outlook 2016 tuh.
Di jadikan cerita, akak tu pun halfday hari ni. Maka, mula la sesi menggodeh dia punya Outlook.
First, aku repair dia punya Outlook. Successful repaired.
Second,  aku remove email profile, aku create semula. Ehhhh tak boleh jugak. Still send/receive error.
Third, aku berpendapat, mungkin Microsoft Office Outlook 2016 ni gila agaknya. So, aku install MS Outlook 2003, old version yg user ni guna dulu.
But still, incoming mail failed. Outgoing success.
Aku dah mula nk mengamuk.

Tp, chill2, aku tepon lah vendor yg handle email server ni. Cite punya cite, dia pun suruh lah aku screencap error tu. As usual. Aku pun email lah kat beliau.
Lepas tu dia reply lah suggestion, yg pd aku, tak membantu pon. hahaha..
Boleh tengok lah error tu dengan suggestion dari vendor kat bawah :-

Ni lah error yang dok kuar tu yang menyakitkan hati iolss

Ni pulak suggestion dari vendor, suh check port incoming. Hmm.. Memang selama ni aku tak tahu lah port incoming tu berapa? Dah beratus email aku setup, takkan lah aku boleh jadi bengong plak nak letak port salah..Hmm... Tp, yelah, org berbudi kita berbahasa. Thanks jugak lah vendor. huhu 



Ok, lepas dah give up dgn suggestion vendor tuh. Dok belek2 computer user ni, update windows sudah, troubleshoot network sudah. Last2 aku ternampak ada 2 antivirus!!

Instinct aku kuat mengatakan, Antivirus ni punca masalah semua ni!!

Ada dua antivirus, :-
1) Quick heal (Antivirus company)
2) Norton Anti virus ( Free trial version )

Aku pon lantas uninstall Norton antivirus tu. AND YOU KNOW WHAT, lepas je uninstall, aku send/receive email, berdesup masuk incoming mail.

Geram tol aku sebab dekat 3@4 jam aku ngadap benda ni. hahahahah
Lega problem dah setel!
Syukur Alhamdulillah, dapat ilmu baru! huhuhuhu

Lepas tu punya excited, aku pegi tepon vendor tu ckp problem dah solved. Vendor tu mati2 ingatkan suggestion dia tu berhasil. kahkahkah.. aku pun cite lah rupa2nya sebab antivirus blablabla...
-_-

ok guys, saje nak share kot2 lah ade yang hadap problem ni. silap aku jugak masa setup computer user ni dulu, tak remove si Norton ni dulu sebelum install Antivirus company.

sekarang dah boleh silang kaki tengok youtube~ hewwhewww


Monday 16 January 2017

Update

Salam sejahtera,

Hari ni bersihkan blog yang dah bersawang.. hehehe
Seriously, tak ada masa langsung nak update. Yalah, tetiba byk komitmen kan.
Komitmen kerja, family, dan juga kesihatan..
Lebih2 lagi, sekarang, tgh pregnant baru masuk 3 bulan..
Actually, dah dekat 2 tahun aku dan suami tunggu rezeki zuriat.. Alhamdulillah....
Diharap kandungan ni selamat, sihat hingga tiba waktunya.. InsyaAllah...

So sekarang takda apa2 cerita, info, aktiviti menarik nak kongsi sebab mood tak stabil. Paham2 jela korang tgh pregnant ni emosi tak tentu, kesihatan pun tak tentu, nafsu makan pun on off tau, tapi ada kawan nasihatkan, jangan mengeluh, just enjoy dengan semua pengalaman tu, sebab kita tengah jihad untuk melahirkan amanah Allah.

Apa2 pun terima kasih yg sudi singgah blog yang tak seberapa ini, dan sesungguhnya saya rindu nk blogwalking kwn2 lain punya blog.. and kagum dengan diorang yang istiqamah update blog.. saya harap, sy boleh jadi istiqamah mcm tu ..

Ok, see ya....

Powered by Blogger.