Friday, 27 May 2016

Apa pendapat korang tentang Karaoke by Smule?


siapa yang nampak je icon smule tu terus rasa teruja?? angkat tangan cepat!!
HAHAHA.. siapa yg teruja tu memang kaki karok lah teww.. termasuklah haku..

ok, bagi sesiapa yang tak tahu apa itu karaoke by smule, actually this is one of karaoke application yang awak boleh download thru phone dan juga computer. dah download tu lepas tu pilih lah lagu korang.
korang nak lagu malay, english, indon semua ada. just search je la.
daripada smule ni jugaklah aku kenal khai bahar. cehhh statement kan... mau kena tikam aku dengan peminat fanatik khai bahar ni kang.. hewhew
takdelah , maksud aku, khai bahar ni famous daripada apps Smule ni lah. punya lah ramai follower dia kat smule ni.. sekali dia up lagu, tak sampai berapa minit, bukan main ramai lahai yg join duet dengan dia... mampu uolls? aku ni kalau invite, sepi je org nk collaborate dgn aku.. hampeh!

ok ok off topic pasal khai bahar.

lagi satu, dengan apps smule ni korang boleh tune kan suara korang tu, macam edit suara lah. selalu asek edit gambar je kan.. kalau nak sedap sikit, boleh guna effect Super Studio. tapi effect tu boleh guna kalau korang dah jadi VIP user. macam mana nak jadi VIP user? haaa bayar lah RM3.50 monthly.
aku kena kecam dengan kawan aku sebab gigih jadi VIP user. aku tahu diorang jeles dengan aku sebab suara aku bergema macam dalam studio. KAHKAHKAHKAH

so pada pendapat aku, aku salute kat developer apps ni..
yelah, contoh macam aku , memang dah lama tak pegi karoke sejak2 dah busy keje, kawan2 lain pon busy keje, kahwin bagai sume. so dapat lepas gian karok kat Smule jela.. lagu pun semua ada.. duit pun jimat.. kan!! kan!! heheheheheh
actually kita karoke untuk suka2 je, tak semestinya suara nak kena sedap.. kan!!
dgn Smule ni jugak, kita boleh karok duet dengan artis2 kesayangan contoh nye macam Siti Nordiana, khai bahar.. nak jugak khai bahar...huhuhu..


oklah,

jom Smule sesama, ID : fereefar
jgn expect suara aku mcm siti nordiana pulak, suara aku level2 panggil hujan jeww...

weehuuu~~~



baiii~~

Wednesday, 11 May 2016

Cafe Latte by Farm Fresh buat aku tak ngantuk @_@

Assalammualaikum..

Hari ni takda topic yang memberangsangkan pun.hihi
Cuma nak tanya korang pernah tak minum product by Farm Fresh ni tak kisah lah yogurt drink ke chocolate milk ke? Best kan uolls?
Aku try lah beli cafe latte, memandangkan kat office selalu ngantuk lepas lunch.
Guess what? memang "EYES WIDE OPEN". memang kena la trademark dia eyes wide open tu. hahah
korang tengok botol dia kat bawah ni :


serious weh, tak pernah aku fokus mcm ni kalau lepas lunch. huhu..
pastu mcm productive je keje...
tak tahu lah kan ni mindset je ke atau mengada2 ke apa.. hahahah..
yang penting aku sukaaaa!!!
aku beli ni botol kecik je RM3.15 kat cold storage. Btol besar pun ade jugak.

korang shud try la..
tapi siapa yg bukan penggemar cafein tu tak yah la, kang pening pulak...

ok tu je, bai.
:p
Powered by Blogger.
 
Copyright by Blog Cik Fara