Wednesday, 20 April 2016

Setel Tunggakan PTPTN Melalui KWSP

Assalammualaikum..

Hari ni aku nak share step-by-step nak setelkan hutang PTPTN melalui KWSP akaun 2.
Ni bagi sesiapa yg spesis mcm aku la, bayar on-off sampai lah tunggakan tu dah beribu2..
Sesiapa yang belum check lagi berapa tunggakan dia, better check lah. Jangan terkejut pulak bila dapat tahu tunggakan korang byk tu. Tunggakan ni dia kira daripada tarikh sepatutnya kita bayar. So kalau tak bayar langsung memang makin naik lah jumlahnye.
So mase tu aku baru terhegeh2 nak pergi PTPTN nak buat tolak gaji lah kononnye. Pastu staff PTPTN tu cakap kena setel tunggakan dulu baru bleh buat tolak gaji ke ujrah ke apa.
Then, check lah tunggakan. Jumlah tunggakan aku, RM9,000. Diploma sahaja. Mampu uolls nak bayar? hahahahah... teruk perangai kan... sekarang dah tahu baru nak gelabah.. Tu belum masuk degree lagi, tunggakan degree aku RM4,000. pengsan

ok lets go :

STEP 1 : Pergi mana2 kaunter PTPTN
  • Cerita dengan staff PTPTN tu yang korang last bayar bila, berapa tunggakan diploma/degree, lepas tu cakap nak setelkan tunggakan melalui kwsp. 
  • Pastikan korang tahu lah duit KWSP akaun 2 korang ada berapa.
  • Kalau duit kwsp akaun 2 korang sikit sangat, korang kena bgtahu staff PTPTN tu and discuss macam mana. Nanti staff PTPTN akan advise macam mana, and kalau bernasib baik, diorang akan accept berapa2 pun amount yang korang boleh bayar sekaligus clearkan tunggakan dan korang boleh bayar bil semasa pulak.
  • Staff PTPTN akan sediakan dokumen2 yang perlu dibawa ke kwsp.
STEP 2 : Pergi KWSP
  • Pastikan bawa dokumen daripada PTPTN beserta sijil & transcipt diploma/degree original and photocopy, and IC photocopy.
  • Sampai KWSP nnti dekat kaunter tu korang akan kena isi borang dulu.  
  • Then dah siap isi borang, korang akan jumpa staff KWSP diorg check2 dan korang kena tulis lah amount KWSP yang nak dikeluarkan untuk bayar PTPTN.
STEP 3 : Tunggu Surat Pengesahan KWSP
  • Tunggu surat pengesahan daripada KWSP sama ada by email or by post yang mengatakan permohonan pengeluaran tu diluluskan.
Ni contoh surat pengesahan daripada KWSP yang aku dapat
STEP 4 : Tunggu Panggilan daripada PTPTN atau Pergi Kaunter PTPTN
  • Biasanya staff PTPTN yang uruskan dokumen korang tu, dia yg akan call. Macam aku, dia call and email dokumen perjanjian yang baru, dan dia ujrahkan aku punya pinjaman diploma and reshedule semula pembayaran bulanan. So aku kena lengkapkan dokumen perjanjian yang baru dan hantar dekat PTPTN. Yang ni banyak keje sikitlah, korang kena beli setem hasil and buat stamp duty. Ala macam mula2 punya agreement tu.
Setel. Sekarang dah lega sikit, aku buat penolakan gaji. Senang. Kalau bayar sendiri, memang peristiwa tunggakan akan berulang gamaknye.. hahahaha.. Lepas ujrah and reschedule balik, jumlah aku kena bayar monthly RM312, campur degree and diploma. Dan  hutang PTPTN akan setel dalam masa 5 tahun bermula tahun ni.In shaa Allah.

So pengajarannya, lain kali dah hutang tu cepat2 lah bayar.
Sekarang kena gigih kumpul balik duit KWSP akaun 2. Macam nak nangis masa nak keluarkan duit KWSP akaun 2. Dekat RM10,000 kot. sob.. sob...
takpelah sndiri cari pasal... pdn muka aku!

so,korang jangan jadi macam aku !! ok, just sharing..

bye~

*update : entry ni cara manual, sekarang nk bayar guna kwsp semua guna i-akaun

Monday, 11 April 2016

Cinta 100 Kg. I loikeee !!


Siapa kat sini yang tengok drama episod #cinta100kg nih??
Siapa yg tak tengok tu hah dok diam2...
yela tak semua yang suka tgok cite melayu ni katanyeeerrrr.... -_-
yes, aku setuju lah kadang2 ada drama melayu yg meleweh2 pasal cinta, yg geli2 tu...
tapi ada jugak drama melayu yg berkualiti..
salah satu nya drama Cinta 100 kg ni.
aku tengok 1st episode terus aku suka. pastu terus follow sampai sekarang.
kenapa aku suka?

1) pelakon semua berkualiti. memang A lah pelakon semua. antara pelakon nya:
- sherry alhadad, sharifah amani, ungku hariz, fezrul khan, zain hamid, zain saidin, jay iswazir, and ramai lagi. semua pun best.
2) cerita ni kelakor.. hahahah.. bila teringat je aku rasa nak gelak. dia punye kelakar tu mmg kena dgn real life. paling aku ingat masa dian putus cinta dengan khairul, pastu dok ulang2 lagu "Denis Chairis -Takut Kehilanganmu ".. hahahahahahahhaha...!!! byk lagi part yg lawak eh, sila tengok...
3) cerita dia bukan pasal cinta je, tapi pasal friendship yg susah nak dpt zaman sekarang ni. memang suka lah tengok friendship diorg, gadoh2 pastu baik.. mcm gaduk adik beradik gitew..pasal cinta pon bukan cinta yg cliche  lah mcm anak dato' whatsoever tu.
4) sedih. sedih bila bestfriend diorg mati sbb makan pil kurus. tak sangka si Tina tu mati. memang sedih lah part ni. lagi satu sedih bila si Wati dah dapat tahu Zain suka kat dia. Wati marah Zain kaw2 gila, memang padu lah ayat si wati ni. Kesian kat Zain.

ok dah mcm sinopsis pulak ni. lantak korang lah kalau tak suka cite ni yang penting aku suka. muaahahahahahahha
minggu ni minggu last cite ni.. akan ku download and tengok ulang2 sampai muntah.. hewhewww

byk benda tersirat dalam cerita ni.
kesimpulannya, tak semestinya org bdn besar takde org nak, and x semestinya org kurus cantik, cantik juga di dalam nya. yang penting, HATI. kalau hati kita baik, pandai bawa diri, confident, ramai yg suka nak kawan  dengan kita.
apa-apa pun kita kena bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang.

#selfreminder

~tata

Thursday, 7 April 2016

Cara Mudah Install Driver Laptop/Desktop

Assalammualaikum...

Seminggu lebih tak jengah blog, gara2 virussss.. Super duper busyy.

So this post actually credit to Iwan Shah yang share satu cara mudah untuk install driver tanpa perlu search website atau download satu2 driver. Cara nya ialah dengan install Driverpack Solution.

Application tu bukan sahaja untuk driver tapi juga boleh install sekali application software macam yg aku share last time.guna NINITE.

So, aku sangat appreciate dengan knowledge yang aku baru dapat ni, sebab yelah kadang2 kalau ada 2,3 bijik laptop sekali nk kena format, so kita kena cari cara mudah lah nk install driver bagai.

Untuk lebih details cara-cara nak guna Driverpack Solution, uolls boleh pergi jengah entry bro Iwan Shah.Click link below okay :-


>> Install Driver dengan Lebih Mudah >>


~Daa  
Powered by Blogger.
 
Copyright by Blog Cik Fara